Tertuduh, Norhayati Iskar, 37, yang bertugas di Pejabat Belia dan Sukan Segamat, mengaku bersalah sejurus selepas pertu­duhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

NORHAYATI ISKAR (tengah) dibawa ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan
NORHAYATI ISKAR (tengah) dibawa ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan menerima rasuah RM10,000 daripada sebuah syarikat pembekal pada Oktober 2015 di Johor Bahru, kelmarin. – UTUSAN/NUR AISYAH MAZALAN

Mengikut pertuduhan, tertu­duh didakwa menerima rasuah berjumlah RM10,000 tanpa ba­lasan daripada pemilik Syarikat SA Affandi Enterprise, Syed Azrol Affandi Syed Rahmad yang merupakan pembekal perkhidmatan bagi ‘Liga Sukan Untuk Semua Daerah Segamat 2015’ di Pejabat Belia dan Sukan daerah itu pada Oktober 2015.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Yunus Moha­med mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, tertuduh meminta RM10,000 wang pendahuluan bagi menjalankan pro­gram yang akan dijalankan pada bulan Oktober 2015 daripada syarikat pembekal dan menggunakannya untuk bercuti di Kundasang, Sabah bersama-sama rakannya.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon agar mahkamah meringankan hukuman dengan alasan dirinya sudah insaf dan mahu menjadi manusia yang baik.

Kamarudin selepas menja­tuhkan hukuman tersebut turut memerintahkan hukuman penjara Norhayati ditambah lagi setahun sekiranya wanita itu gagal membayar denda.