Hakim Yong Zarida Sazali menjatuhkan hukuman berkenaan selepas penjual burger itu membuat pengakuan bersalah melakukan kesemua perbuatan keji ke atas anak sulungnya yang kini berumur 14 tahun.

Hukuman pemenjaraan itu dijalankan bermula dari tarikh tangkap iaitu 12 Julai lalu dan Yong Zarida turut memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling selama 10 tahun dan tiga tahun pengawasan polis selepas selesai hukuman penjara kelak.

Berdasarkan kertas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa S. Umma, lelaki itu mengaku terhadap 26 pertuduhan mencabul anak sulungnya itu daripada lima beradik, setiap bulan bermula Julai 2017 iaitu ketika mangsa berusia 12 tahun lagi, hingga Mei lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan- Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama.

Tertuduh juga mengaku bersalah terhadap lapan pertuduhan melakukan seks luar tabii dengan memasukkan kemaluannya ke dalam mulut mangsa dan turut memasukkan jarinya ke dalam dubur anaknya itu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 377C dan Seksyen 377C A Kanun Keseksaan.

Lelaki itu juga mengaku terhadap empat cubaan merogol mangsa dan pertuduhan berkenaan dikemukakan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama. - UTUSAN ONLINE.