Turut ditahan pada pukul 9.45 pagi itu ialah seorang pemandu lelaki berusia 38 tahun dan berasal dari Taiping, Perak, untuk siasatan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 201 dan Peraturan 360B, Peraturan-peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983.

Barangan yang dirampas terdiri daripada lima kotak daging kering bernilai RM14,500; enam kotak serbuk kopi (RM29,000), 600 peket serbuk minuman (RM4,200) dan lebih 100 bungkusan sup herba (RM550).

Kesemua barangan tersebut diserahkan kepada Jabatan Perhilitan negeri dan Jabatan Kesihatan negeri untuk tindakan lanjut. - UTUSAN ONLINE