Pengarah SPRM negeri, Datuk Moh Samsuddin Yusof berkata, setiap laporan yang diterima perlulah mempunyai asas.

"Selepas kita menerima aduan berhubung kes itu, maka siasatan awal akan dilakukan dan kita wajib semak dahulu laporan untuk tindakan lanjut.

"Ini bagi menenetukan sama ada aduan yang dibuat mempunyai bukti yang kukuh untuk dibawa ke mahkamah atau sebaliknya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Antidadah Kebangsaan ke-35 dan Ikrar Bebas Rasuah bersama SPRM di Auditorium Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE