Suspek bergelar Datuk berusia 54 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 petang ini di Pejabat SPRM Terengganu ketika hadir untuk memberi keterangan. 

Menurut sumber, suspek dikatakan mengemukakan tuntutan palsu kepada pejabat daerah dan tanah di sebuah daerah bagi perbelanjaan 32 program yang dijalankan di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.

Bagaimanapun, program itu dipercayai tidak dilaksanakan. Suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu esok untuk permohonan reman. Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. - UTUSAN ONLINE