Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim sehingga 5 Oktober ini.

Selain itu, seorang lagi suspek yang turut direman pada Rabu lalu membabitkan kes sama dibebaskan hari ini.

Nazri Osman yang juga sepupu kepada Abdul Azeez dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM10,000 bersama seorang penjamin.

Terdahulu, ketiga-tiga suspek itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini dengan memakai baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga dan tangan digari.

Rabu lalu, ketiga-tiga suspek tersebut direman selama empat hari mengikut peruntukan 117 Kanun Acara Jenayah selepas membenarkan permohonan oleh SPRM.

Sebelum ini, Abdul Azeez yang juga bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji ditahan di Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 11.15 pagi ketika hadir untuk memberi ketera­ngan kepada suruhanjaya itu, Selasa lalu.

Abdul Latif yang juga pe­ngurus besar sebuah syarikat pe­ngurusan hartanah ditahan pada pukul 11.30 pagi pada hari sama di Sungai Buloh manakala pe­ngarah syarikat berumur 36 tahun itu pula ditahan pada pukul 5.30 petang semalam di Ibu pejabat SPRM.