Difahamkan, remaja terbabit ditahan di kira-kira pukul 5.30 petang selepas bapa kepada dua beradik berkenaan membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, kejadian tersebut disedari selepas bapa mangsa berusia 42 tahun menyedari perubahan pada perut mangsa dan melakukan pemeriksaan sebelum disahkan hamil tujuh bulan.

“Mangsa mengaku telah dirogol abang sulungnya sebanyak lebih 10 kali sejak Oktober tahun lalu.

“Remaja lelaki terbabit kini ditahan reman selama lima hari bermula semalam sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE