Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan selepas bapa tiri mangsa berusia 46 tahun mengaku salah terhadap pertuduhan.

Ahmad Bazli turut menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada adik lelaki terbabit yang berusia 41 tahun selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan.

Mengikut kertas pertuduhan, bapa tiri mangsa didakwa merogol mangsa berusia 13 tahun 11 bulan dalam bilik di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Bukit, Machang pada pukul 6 petang, 11 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan minimum 10 sebatan.

Adik lelaki itu pula didakwa mencabul mangsa ketika gadis itu berusia lapan tahun di sebuah rumah di Machang antara pukul 4 petang hingga 6 petang, antara Januari hingga Disember 2013.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau antara dua hukuman itu.

Kedua-dua penoreh tersebut yang tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Nuzul Azuar Zulkifli. - UTUSAN ONLINE