Ketua Pegawai AADK Daerah, Lokman Hakim Othman berkata, melalui Ops Bersepadu mulai tengah malam hingga awal pagi tadi di sekitar Binjai, Air Putih, Bandar Ceneh Baharu dan Felda Neram, sembilan lagi penagih termasuk tiga wanita ditahan.

"Operasi yang diketuai oleh Ketua Unit Penguat Kuasa AADK Daerah, Muhammad Norzakri Ahmad Norbi dilakukan dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah dan Pejabat Agama Daerah," ujarnya, di sini hari ini.

Kesemua yang ditahan berumur 19 hingga 50 tahun, dan enam daripada mereka disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (APD) (Rawatan dan Pemulihan) 1983, dua lagi di bawah Seksyen 6 (2) akta yang sama manakala seorang di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) kerana memilik dadah jenis heroin. - UTUSAN ONLINE