Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifli Yahya berkata, kesemua individu tersebut berumur antara 17 hingga 34 tahun.

“Daripada sembilan individu tersebut, dua ditahan selepas dadah jenis ganja ditemukan dalam kotak rokok.

“Dalam operasi itu, sebanyak 292 saman atas pelbagai jenis kesalahan turut dikeluarkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE