Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kesemua suspek berusia 22 hingga 46 tahun itu dipercayai membawa masuk dadah dari China dan Taiwan untuk diproses sebelum diedar di premis-premis hiburan.

“Tujuh daripada suspek merupakan lelaki warga tempatan dan dua lagi melibatkan seorang lelaki warga Bangladesh dan seorang wanita warga Vietnam.

“Dalam serbuan itu, pelbagai jenis dadah bernilai RM2.5 juta dirampas dan beberapa harta milik suspek RM830,000 turut disita,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE