Perintah tahanan reman terhadap suspek berumur 34 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nordiana Abd. Aziz.

Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Norhafieza Md. Yusof berkata, suspek yang berasal dari Taman Temerloh Jaya di sini ditahan di pejabat SPRM Temerloh semalam.

“Suspek dipercayai ada kaitan dengan kes seorang kakitangan JPJ yang direman Sabtu lalu kerana dipercayai menjadi orang tengah yang terlibat dalam kegiatan memberi wang rasuah kepada kakitangan JPJ untuk membolehkan lesen kenderaan motor yang tamat tempoh melebihi satu tahun dikeluarkan tanpa melalui prosedur ditetapkan JPJ.

“Suspek yang direman bermula hari ini akan disiasat mengikut Seksyen 17 (A) Akta SPRM 2009,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE