KEADAAN lori yang merempuh plaza tol kerana brek rosak di Kajang, Selangor hari ini.

Kejadian pada pukul 4.40 petang itu berlaku apabila lori dipandu lelaki berusia 27 tahun tersebut dikatakan mengalami masalah brek yang tiba-tiba tidak berfungsi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintenden Azman Shari’at berkata, ketika menghampiri kawasan tol berkenaan tiba-tiba lori tersebut gagal dihentikan.

“Pemandu itu membuat keputusan merempuh tembok plaza tol terbabit bagi mengelak daripada melanggar kenderaan serta pengguna jalan lain.

“Rempuhan itu menyebabkan lori terbabit remuk pada bahagian hadapan namun pemandunya selamat dan tidak cedera,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azman berkata, lori berkenaan dibawa ke Bahagian Trafik Ibu pejabat Polis (IPD) Kajang bagi proses pemeriksaan dan siasatan lanjut.

Katanya, bagaimanapun, pemandu itu disaman mengikut Rule 10 LN 166/59 kepada pemandu atas kesalahan gagal mengawal kenderaan yang dipandu.- UTUSAN ONLINE