Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

7 suspek belasah penjaga letak kereta serah diri

KUALA LUMPUR 19 Mei - Tujuh daripada 11 suspek termasuk pemilik kenderaan yang terlibat dalam insiden memukul seorang penjaga tempat letak kereta di Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam tadi menyerah diri hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, kesemua suspek berusia dalam 30-an ditahan bagi membantu siasatan.

“Setakat ini hanya tujuh orang sahaja menyerah diri dan kita masih lagi mengesan baki suspek terlibat dalam kes ini,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian berlaku pukul 7 malam tadi, seorang penjaga tempat letak kereta cedera selepas dibelasah 11 lelaki berikutan mangsa bertindak mengunci tayar kenderaan Perodua Axia milik suspek di HKL kerana menghalang kenderaan lain untuk keluar.

Berikutan itu mangsa berusia 36 tahun mengalami kecederaan di kepala, muka, kaki dan tangan akibat dipukul oleh kumpulan lelaki tersebut.

Ditanya mengenai keadaan mangsa, Mohd. Sukri menjelaskan, lelaki berkenaan menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital yang sama dan keadaan dilaporkan stabil.

Ujarnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain