Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, serbuan pada pukul 1.30 pagi itu dijalankan secara bersepadu melibatkan polis, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri. 

"Individu yang ditahan merupakan pengurus, juruwang, penjaga serta seorang pengedar dadah.

"Wanita yang diselamatkan termasuk dari Vietnam, China dan Taiwan," katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi. 

Dalam serbuan tersebut, polis turut menahan 26 pengunjung pusat hiburan berkenaan yang didapati positif dadah. - UTUSAN ONLINE