Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

6 termasuk 3 wanita dipercayai penagih ditahan

Bahan bukti
Sebahagian daripada 39 peket kecil disyaki dadah syabu seberat 30.85 g dianggarkan bernilai RM5,553 yang ditemukan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Sungai Bedil Besar di sini kira-kira pukul 3 petang semalam. - UTUSAN ONLINE/MD. AZRIN ROSLY

KUCHING 12 Sept. - Enam individu termasuk tiga wanita yang dipercayai terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah tersentak apabila mereka ditahan dalam serbuan di Pangsapuri Tribeca Suits, Jalan Urat Mata di sini Ahad lalu.

Serbuan pukul 11 pagi itu dijalankan sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu pejabat Polis Daerah setelah mendapat maklumat berhubung aktiviti kumpulan terbabit.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, dalam serbuan berkenaan, kesemua suspek yang ditahan itu berusia lingkungan 20-an selain rampasan dadah jenis ganja dan ketamin.

“Hasil pemeriksaan, kita menemukan satu peket plastik berisi daun kering disyaki ganja seberat 2.72 gram (g) yang disimpan di dalam kotak rokok.

“Pemeriksaan lanjut di salah satu bilik rumah itu turut menemukan satu pinggan plastik berisi serbuk putih disyaki dadah jenis ketamin seberat 0.1g,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, hasil ujian air kencing mendapati lima suspek positif methamphetamine manakala seorang lagi negatif.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6, 12 (2) dan 15(1) Akta Dadah berbahaya (ADB) 1952,” ujarnya.

Dalam kes berasingan, Abang Ahmad memaklumkan, seorang wanita ditahan di sebuah rumah di Kampung Sungai Bedil Besar di sini kira-kira pukul 3 petang semalam.

“Pemeriksaan di sebuah bilik rumah berkenaan menemukan dua peket lut sinar yang mengandungi 39 peket kecil berisi dadah jenis syabu seberat 30.85 g dianggarkan bernilai RM5,553.

“Suspek juga mengetahui mengenai dadah itu dan polis sedang memburu rakan pengedar yang masih bebas,” jelasnya.

Abang Ahmad berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 39A(2) ADB 1952 dan jika disabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang lima tahun atau seumur hidup dan 10 sebatan. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain