Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, operasi yang bermula pukul 11 malam dan berakhir 7 pagi tadi itu turut menahan dua lelaki masing-masing bekerja sebagai pesawah dan pekerja pusat mencuci kereta.

Katanya, kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan umur 15 hingga 18 tahun.

“Operasi ini dijalankan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth yang dikenal pasti sebagai medan samseng jalanan berlumba haram yang mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPU dan ujian air kencing yang dijalankan mendapati pesawah berkenaan posif dadah methamphetamine.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE