Kesemua saman itu melibatkan pelbagai kesalahan seperti, memandu melebihi had laju, tidak patuh aliran lampu isyarat, mengguna telefon bimbit semasa memandu, potong barisan, memandu di lorong kecemasan dan memotong di garisan berkembar.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata, dalam tempoh yang sama, jumlah kemalangan menurun daripada 143 kes (Op Selamat 13) kepada 130 kes (Op Selamat 15/2019) dengan daerah Kuala Terengganu 40 kes, Kemaman (33), Dungun (17), Besut (13), Marang (10), Setiu (9) dan Hulu Terengganu (8).

“Jumlah kemalangan maut pula menurun 86 peratus daripada 7 kes Op Selamat 13 kepada 1 kes Op Selamat 15/2019 dan jumlah kematian Op Selamat 15/2019 hanya satu kes berbanding lapan kes Op Selamat 13,” ujarnya.

Beliau menyatakan perkara itu dalam sidang akhbar selepas pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Musim Perayaan Aidilfitri ‘Pandu Cermat Sampai Selamat’ peringkat negeri dekat pintu gerbang Geliga, di sempadan Terengganu-Pahang petang semalam.

Aidi turut mengingatkan pengguna jalanraya jangan mementingkan diri sendiri dan antara kesalahan yang sering dilakukan seperti tidak berhenti keluar / masuk simpang, lambat / tidak guna lampu isyarat ketika membelok ke kiri dan kanan, memandu perlahan di laluan tengah (makan angin) dan kurang sikap bertimbang rasa (lebih mementingkan diri sendiri).

Ujar Aidi, seramai 58 orang pegawai dan 362 orang anggota lain-lain pangkat telah ditugaskan sepanjang tempoh Op Selamat 15/2019 merangkumi semua jabatan PDRM Terengganu termasuk 34 orang pegawai dan 203 orang anggota lain-lain pangkat dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu.

Aidi berkata, pihaknya turut mengenal pasti 23 lokasi kerap berlaku kemalangan di negeri ini sempena Hari Raya Aidilfitri iaitu seperti berikut:

Daerah Kuala Terengganu / Kuala Nerus (dua lokasi):

KM 2-KM 6, Jalan Tengku Mizan (Jambatan Sultan Mahmud); KM 10-KM 32, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu (Batu Enam, Pakoh Jaya, Belara)

Daerah Besut (dua lokasi):

- KM 90, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu (Anak Ikan)

- KM 112-KM 114, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu (Tok Dor, Bukit Yong)

Daerah Dungun (tiga lokasi):

-KM 72, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan (Pulau Serai)

-KM 87, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan (Bukit Bauk)

-KM 100, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan (Paka)

Daerah Kemaman (tiga lokasi):

-KM 114-KM 124, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan (Kertih, Kemasik)

-KM 150-KM 160 Jalan Jerangau-Jabor (Cheneh)

-KM 310-KM 320, LPT2 (Kijal)

Daerah Marang (empat lokasi):

-KM 23, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan (Kampung Rhu Muda)

-KM 33-KM 36, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan (Kampung Pulau Kerengga, Serating)

-KM 42-KM 50, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan (Merchang)

-KM 12-KM 24, Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang (Wakaf Dua, Bukit Payung, Tun Telanai).

Daerah Setiu (tiga lokasi):

-KM 50, Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja (Merang)

-KM 71-KM 82, Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja (Telaga Papan, Penarik)

-KM 50, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu (Sungai Tong)

Daerah Hulu Terengganu (enam lokasi):

-KM 1-KM 4, Jalan Ajil-Kuala Berang (Pekan Ajil, Batu 10)

-KM 36-KM 38, Jalan Ajil-Bukit Besi (Bukit Diman)

-KM 13-KM 16, Jalan Kuala Berang-Kuala Ping (Kampung Kepah, Tengkawang)

-KM 10-KM 12, Jalan Kuala Berang-Telemong (Kampung Palas)

-KM 380-KM 395, LPT2 (Bukit Belah)

-KM 409, LPT2 (Bukit Kua) - UTUSAN ONLINE