Sepanjang tempoh tersebut, wang tunai mencecah RM420,000 terdiri daripada wang pertaruhan berjaya dirampas dan had kredit (credit limit) wang pertaruhan atas talian yang mencecah RM15 juta berjaya disekat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, sejak Op Soga 2018 dilancarkan, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan 499 serbuan di seluruh negara.

“Kita turut merampas peralatan komputer serta telefon mudah alih yang digunakan dalam kegiatan tersebut.

“Hasil siasatan mendapati semua aktiviti perjudian atas talian menggunakan laman web yang berdaftar di luar negara seperti Hong Kong dan Filipina,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Wan Ahmad, siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 4(1)(C), 4(1)(D) dan Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan iaitu mengurus tempat pertaruhan, menerima wang pertaruhan serta bertindak sebagai ‘bookie’ pertaruhan.- UTUSAN ONLINE