Serbuan dilakukan di Kuching, Simunjan, Miri, Sibu, Kota Samarahan, Serian, Bintulu, Padawan, Mukah,Meradong, Sri Aman, Bau dan Julau.

Ketua JSJ negeri, Datuk S. Dev Kumar berkata, tangkapan tersebut juga melibatkan lelaki dan wanita tempatan berusia antara 16 hingga 52 tahun termasuk seorang warga asing.

Katanya, daripada 40 serbuan, 34 operasi dijalankan di premis menjual loteri haram, lima judi siber dan satu pertaruhan haram.

"Usaha membanteras judi dalam talian diteruskan dengan serbuan ke atas kedai serbaneka dan kopi di Kuching, Bintulu, Miri, Saratok dan Meradong menawarkan perkhidmatan isian semula kepada kaki judi.

"Sebanyak tujuh operator perkhidmatan dan tujuh telefon bimbit serta wang tunai RM1,302 dirampas," katanya dalam  kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, sebanyak 34 serbuan juga dijalankan ke atas kaunter jualan loteri haram dalam 10 daerah terutama di Padawan, Kuching dan Miri.

Katanya, seramai 42 individu ditahan dan wang tunai sebanyak RM10,824 dirampas termasuk telefon bimbit, pencetak mobil, kalkulator, slip taruhan dan peralatan lain.

Selain itu, katanya, enam individu ditahan dipercayai ejen yang diupah sindiket bagi menjalankan transaksi judi dalam talian secara langsung kepada kaki judi di sebuah rumah di Jalan Stampin, Kuching pada 15 Mac lalu.

"Kesemua individu terbabit kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Akta Pertaruhan 1953,"  katanya. - UTUSAN ONLINE