IPK Melaka dalam satu kenyataan di sini memberitahu, pasukan berkenaan bertindak atas maklumat pada Khamis lalu kira-kira pukul 2 petang dan menangkap lima orang suspek yang dipercayai ahli Kumpulan Lukman di Kampong Padang Kerbau, Durian Tunggal dekat sini.

“Kesemua suspek telah diberi tempoh penahanan reman oleh Majistret Alor Gajah selama tujuh hari bermula 17 Ogos hingga 23 Ogos ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, antara barang yang dirampas berhubung kes berkenaan pula adalah helmet, beg galas, telefon bimbit, beg sandang, parang dan tiga buah motosikal.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes-kes samun boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi hotline Polis Melaka di talian 06-285 4222/4199/4155 iaitu Pusat Kawalan Polis IPK Melaka ataupun daerah. - UTUSAN ONLINE