Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Roslee Chik berkata, kes itu yang sebelum ini diklasifikasi mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh telah ditukar kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh ekoran kematian mangsa petang semalam.

Ujar beliau, kertas siasatan kes itu juga telah siap dan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

“Suspek kes ini mungkin akan didakwa Isnin ini dan kita juga telah merekod keterangan seramai 15 saksi termasuk doktor yang merawat mangsa.

“Saya yakin kes ini yang mendapat perhatian ramai dapat diselesaikan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE