Kesemua mereka yang berusia antara 19 hingga 23 tahun ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari ibu pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) dalam operasi yang bermula pukul 10 malam dan berakhir tujuh jam kemudian itu.

Ketua Polis Daerah SPU Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, penuntut universiti yang ditahan itu berusia 20 tahun manakala empat yang lain bekerja sendiri.

“Kesemua mereka yang negatif ujian air kencing kini ditahan di dalam lokap IPD SPU.

“Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan berbahaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE