Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, kesemua suspek ditahan berusia antara 30 hingga 55 tahun. 


“Mereka yang ditahan adalah seorang lelaki yang merupakan penganjur, termasuk dua lelaki yang merupakan pemain serta tiga warganegara asing termasuk seorang wanita. 


“Turut dirampas wang tunai berjumlah RM1,942 dan beberapa perkakas perjudian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) dan 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen. - UTUSAN ONLINE