ops samseng
SEORANG pendatang asing tanpa izin turut ditahan dalam Ops Samseng Jalanan di Kilometer 12.3, Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang, baru-baru ini.  - UTUSAN ONLINE/MOHD. SHAHARANI SAIBI 
 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, empat daripada mereka ditahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 manakala seorang lagi ditahan di bawah Seksyen 7 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Mereka yang ditahan berumur 17 hingga 18 tahun manakala warga Indonesia berumur 20 tahun. Selain itu, sebanyak 233 saman dikeluarkan untuk pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, cermin sisi, nombor plat tidak mengikut spesifikasi serta tidak mempamerkan pelekat L dan P.

“Operasi tersebut dijalankan di empat lokasi iaitu Jalan Tun Razak hingga Jalan Peel, Jalan Klang Lama menghala ke pusat bandar, Jalan Raja Laut menghala ke Jalan Sultan Ismail dan Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (Duke),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE