Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

4 nelayan Indonesia ditahan ceroboh perairan negara

nelayan
EMPAT nelayan Indonesia ditahan oleh Maritim Malaysia kerana menceroboh kawasan perairan negara berhampiran Pulau Kendi, Pulau Pinang petang semalam. - UTUSAN ONLINE

PULAU PINANG 5 Julai - Sebuah bot nelayan dari Indonesia yang membawa empat orang nelayan  ditahan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kerana menceroboh kawasan perairan negara petang semalam.

Pengarah Maritim Daerah, Daerah Maritim 2 negeri, Kapten Maritim Rozali Mohd. Said berkata, bot berkenaan ditahan anggotanya pada pukul 5 petang ketika sedang menangkap ikan tanpa kebenaran di kedudukan 42.7 batu nautika Barat Daya Pulau Kendi.

Katanya, Maritim Malaysia turut merampas 500 kilogram (kg) ikan dan peralatan daripada bot berkenaan.

“Bot itu kemudian ditunda ke Jeti Limbungan Batu Maung dekat sini untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perikanan 1985,” katanya.

Menurutnya, jika sabit kesalahan kesemua mereka yang berusia antara 18 hingga 45 tahun boleh didenda maksimum RM1 juta bagi tekong dan RM100,000 bagi setiap awak-awak. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain