Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, dua wanita yang ditahan itu merupakan rakan serumah mangsa.

“Kesemua mereka direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tujuh hari bermula hari ini.

“Siasatan awal mendapati, motif kejadian dipercayai akibat perselisih faham angkara orang ketiga kerana mangsa sebelum ini mempunyai teman lelaki yang pernah mengajaknya berkahwin,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ismadi, polis kini sedang memburu lelaki warga Indonesia iaitu teman lelaki mangsa yang telah melarikan diri bersama telefon bimbit mangsa.

Jelasnya, laporan bedah siasat mendapati punca kematian kemungkinan akibat jerutan di leher dan mangsa juga tidak mempunyai sebarang kecederaan lain termasuk kecederaan seksual.

“Semakan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan sekitar dan siasatan terhadap saksi-saksi di kawasan kediaman tersebut sedang dijalankan,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE