Dalam operasi itu, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) terlibat antara pukul 12 tengah hari hingga 10.30 malam tadi.

Ketua JSJ Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dennis Leong Soon Kuai berkata, kesemua suspek yang ditahan di Kuching, Kota Samarahan, Miri, Sibu, Padawan, Serian, Bau, Betong, Mukah, Julau, Lubok Antu, Lawas, Bintulu, Sri Aman, Limbang, Marudi, Simunjan, Sarikei dan Kapit.

Katanya, mereka ditahan terdiri daripada 26 lelaki dan 11 perempuan berusia 18 hingga 63 tahun termasuk lima warga asing.

“Bertindak atas maklumat dan risikan polis, sebanyak 19 serbuan dilakukan di tempat menjual loteri haram, judi dalam talian (13) dan satu judi haram (perjudian kad).

“Hasil serbuan, polis berjaya merampas wang tunai berjumlah RM5,150, 30 unit telefon bimbit, dua komputer riba, slip pertaruhan dan perkakasan lain,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini sebentar tadi.

Tambahnya, kes itu disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953. - UTUSAN ONLINE