Turut ditahan dalam kejadian kira-kira pukul 10.00 malam itu adalah seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun yang dipercayai turut terlibat dengan kejadian itu.

Ketua Polis Daerah SPU Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu daripada seorang lelaki yang menghubungi polis pada pukul 10.15 malam.

Menurutnya, siasatan polis mendapati lelaki dan wanita Myanmar yang berusia 31 dan 29 tahun itu bersama lelaki tempatan terbabit berada di lokasi kejadian ketika mereka ditahan.

“Hasil pemeriksaan ke atas mangsa yang berusia awal 30-an mendapati terdapat kesan tikaman pada bahagian dada sebelah kanan sedalam 1 sentimeter dan mangsa masih berpakaian lengkap ketika ditemukan.

“Ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek negatif dadah dan punca kejadian masih disiasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan suspek akan direman hari ini di Mahkamah Butterworth bagi tujuan siasatan. - UTUSAN ONLINE