AHMAD DZAFFIR MOHD. YUSOF
AHMAD DZAFFIR MOHD. YUSOF

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkata, dalam kejadian pukul 4 pagi itu kesemua suspek dipercayai warga tempatan menaiki dua motosikal bertindak menyerbu restoran berkenaan.

“Ketika kejadian beberapa pelanggan sedang minum di situ dan seorang daripada suspek bersenjatakan pistol telah datang ke arah seorang mangsa yang enggan menyerahkan begnya.

“Pistol mainan diketahui mangsa ketika senjata tersebut terjatuh sebelum dikutip suspek yang melarikan diri dengan dua motosikal,” katanya di sini hari ini.

Ahmad Dzaffir memberitahu, ekoran kejadian tersebut, mangsa kehilangan empat telefon bimbit selain beberapa barangan lain.

Jelasnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan menggunakan senjata. - UTUSAN ONLINE