Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, kedua-dua suspek yang menaiki sebuah motosikal Yamaha 125z hanya perlu membuka pintu belakang van yang tidak berkunci dan melarikan ketiga-tiga beg tersebut.

Difahamkan, ketika kejadian, dua pengawal keselamatan berada di tempat duduk hadapan van, manakala dua lagi berada di dalam bank bagi urusan pemindahan wang.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Me­gat Mohd. Aminuddin Megat Alias berkata, pihaknya kini sedang memburu kedua-dua penjenayah tersebut menerusi Op Tutup.

Menurutnya, empat pe­ngawal keselamatan yang bertugas telah ditahan untuk diambil keterangan berhubung kejadian berkenaan.

“Kita juga sedang meneliti kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di sekitar kawasan kejadian.

“Siasatan secara terperinci sedang dilakukan dari pelbagai sudut atau kemungkinan yang ada tentang kejadian ini,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Megat Mohd. Aminuddin, pihaknya kini menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana kesalahan samun.