Pengarah AADK negeri, Rohayu Ahmad berkata, walau bagaimanapun, statistik itu bukan kayu ukur untuk menentukan sama ada meningkat atau menurun berbanding tahun lalu kerana belum disaring sehingga penghujung tahun ini.

Jelas beliau, jumlah pelajar yang terlibat dengan dadah di negeri ini pada tahun lalu adalah seramai 274 orang.

“Trend pengambilan dadah dalam kalangan pelajar sekolah juga mula berubah ke arah pengambilan air ketum.

“Hasil temu bual kita bersama dengan pelajar terlibat sendiri yang mengaku mereka mula beralih ke air ketum sebab bagi mereka tiada masalah kerana sama seperti mengambil rokok.

“Sedangkan, air ketum ini boleh mendatangkan kesan buruk dan bahaya pada kesihatan dalam jangka masa panjang,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Malam Anugerah Kepulihan dan Penghargaan kepada badan bukan kerajaan (NGO) anjuran AADK negeri di Dewan Jubli Perak, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah, Ir. Nohaimi Ismail dan Ketua Pegawai AADK Daerah, Mohd. Rizaridzuan Othman. - UTUSAN ONLINE