Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

2 remaja pecah mesin wang kedai dobi dicekup

jenayah

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Polis percaya mampu menyelesaikan beberapa kes pecah mesin wang kedai dobi sekitar Petaling Jaya dekat sini menerusi penahanan dua remaja lelaki di Petaling Jaya di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden Mohd. Ali Thamby berkata, kedua-dua remaja berusia 19 tahun itu ditahan awal pagi tadi selepas kegiatan mereka dikesan sepasukan polis dari Balai Polis Sri Damansara membuat rondaan.

“Hasil tangkapan terhadap suspek menemukan satu sepana yang dipercayai digunakan oleh kedua-dua suspek untuk memecahkan mesin wang kedai dobi,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Ali memberitahu, kes ini disiasat mengikut Seksyen 380 dan 511 Kanun Keseksaan dan kedua-dua suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain