Rakaman video berdurasi kira-kira 30 saat yang tular dalam media sosial memaparkan mangsa dibuli seorang lelaki berbaju hitam yang turut memegang kayu di padang permainan kanak-kanak di taman tersebut, manakala seorang lagi suspek merakam perbuatan itu.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, kedua-dua suspek yang ditahan pada pukul 11 malam tadi di kawasan Taman Gunung Lambak dipercayai turut menyamun mangsa.

"Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek yang positif dadah jenis meth mengambil telefon bimbit jenis Samsung J2, wang tunai RM20 dan beg sandang mangsa.

"Laporan polis dibuat bapa mangsa susulan menerima rakaman video tersebut kira-kira pukul 8.30 pagi semalam dan kedua-dua suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 382 Kanun Keseksaan," katanya di sini, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE