Pengarah SPRM negeri, Datuk Mohd. Fauzi Mohamad berkata, kedua-dua lelaki masing-masing berumur 31 dan 30 tahun itu disiasat selepas dikatakan meminta dan menerima dua helai kameja T berjenama Harley Davidson berjumlah RM456.03 untuk tujuan tersebut.


“SPRM menahan lelaki yang bekerja sebagai penolong pegawai undang-undang dan pembantu operasi itu  pada kira-kira pukul 2.28 petang, semalam di sebuah restoran di Langkawi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Tambahnya, kedua-dua lelaki berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Langkawi, Langkawi untuk mendapatkan permohonan reman pagi ini.