Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, anggotanya yang menjalankan Op Gelora Khas di kawasan tanggungjawab terserempak bot jongkong dinaiki suspek berusia 32 dan 19 tahun dalam keadaan mencurigakan pada pukul 11.30 malam.

“Pemeriksaan mendapati kedua-dua lelaki tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri, selain turut ditemukan dalam ruangan bot pelbagai barangan seludup termasuk Kicap ABC, Pop Ice pelbagai perisa, Gold Bell Grand, Petis Udang, Abon Sapu Rajawali, Citarasaku (Balado), Kertas Rokok Cap Dollar dan Keropok Belinjo.

“Antara barangan lain ialah Jelly Powder Nutrigel pelbagai perisa, Masako, Antaka, Pepsodent, Special Uv Whitening, yang kesemua rampasan dianggar bernilai hampir RM210,000,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad Pajeri berkata kes itu diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam.- BERNAMA