Ketua Polis negeri, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, seramai lima suspek ditahan di Puchong, Selangor manakala tujuh orang yang lain di Telok Kemang, Port Dickson dan tiga suspek ditangkap di Mambau dekat sini.

MOHAMAD MAT YUSOP
MOHAMAD MAT YUSOP 

Katanya, polis turut merampas komputer riba, telefon bimbit, kad pengeluaran wang automatik (ATM) dan beberapa dokumen dalam serbuan yang dijalankan.

“Sehingga kini, sebanyak 33 kertas siasatan daripada laporan polis yang dibuat antara tahun 2017 hingga Mei lalu di seluruh negara telah dikenal pasti membabitkan sindiket ini.

“Berdasarkan jumlah itu, jumlah kerugian yang dapat dikesan daripada penipuan terhadap mangsa sehingga kini ialah RM1.55 juta,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Aibee Ab. Ghani.

Mohamad berkata, polis percaya lebih banyak kes penipuan sindiket itu akan terdedah selepas barang-barang rampasan itu dihantar untuk pemeriksaan forensik.

Tambahnya, siasatan dijalankan di bawah Akta Imigresen 1953 dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE