Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner, Kamaluddin Kassim berkata, kesemua mereka ditahan antara 19 Ogos hingga semalam.

“Pada 19 Ogos lalu, dua lelaki ditahan di sebuah rumah di Pagoh pada pukul 11.30 malam, manakala pada 21 Ogos, pukul 12.30 pagi, enam lagi lelaki ditahan di Yong Peng, Batu Pahat.

“Kemudian pada pukul 11.30 pagi hari sama, polis menahan empat lagi lelaki di Jalan Wong Ah Fook di sini manakala seorang lagi ditahan di Singapura dengan bantuan polis negara itu pada pukul 1 tengah hari,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Menurut Kamaluddin, polis turut menyelamatkan seorang mangsa dikurung oleh dua suspek pertama yang ditahan.

“Soal siasat dilakukan menjurus kepada penemuan rangka manusia yang tidak sempurna di tempat pembuangan sampah di Pagoh, Muar.

“Identiti sebenar rangka itu masih belum dikenal pasti, sama ada rangka itu merupakan mangsa pertama yang dilaporkan diculik atau individu lain,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE