KAMALUDDIN KASSIM

Ketua Jabatan Siasatan Jena­yah negeri, Senior Asisten Komisioner, Kamaluddin Kassim ber­kata, pihaknya menerima satu lagi laporan berkaitan kejadian culik dan menuntut tebusan di Paloh, Kluang dekat sini keesokannya.

“Pada Ahad lalu, dua lelaki ditahan di sebuah rumah di Pagoh pada pukul 11.30 malam, manakala pada pukul 12.30 tengah malam semalam, enam lagi lelaki ditahan di Yong Peng, Batu Pahat.

“Kemudian pada 11.30 pagi hari sama, polis menahan empat lagi lelaki di Jalan Wong Ah Fook, manakala seorang lagi ditahan di Singapura dengan bantuan polis negara itu pada pukul 1 tengah hari,” katanya dalam satu kenya­taan di sini hari ini.

Kamaluddin memberitahu, po­­lis turut menyelamatkan mangsa culik kedua yang dikurung oleh dua suspek yang ditahan idi Pa­goh.

Tambah Kamaluddin, pihak­nya percaya kedua-dua kes penculikan yang dilaporkan itu didalangi kumpulan sama.

“Soal siasat dilakukan kemudian menjurus kepada penemuan rangka manusia yang tidak sempurna di tempat pembuangan sampah di Pagoh, Muar.

“Identiti sebenar rangka itu masih belum dikenal pasti, sama ada rangka itu merupakan mang­sa pertama yang dilaporkan diculik atau individu lain,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat me­ngikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala kesemua 13 suspek ditahan reman selama 12 hari hingga 1 September ini.