Menerusi sebuan itu seramai 12 wanita warganegarfa Vietnam ditahan polis yang berusia antara lingkungan 25 hingga 35 tahun.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, kesemua suspek berusia ditahan bersama-sama seorang penjaga premis lelaki berusia 58 tahun.

"Lelaki tempatan itu dipercayai berperanan sebagai penjaga premis dan juga pelindung kepada pekerja warga asing ini.

"Turut ditahan bagi membantu siasatan adalah dua lelaki tempatan yang turut berada dalam premis tersebut sebagai pelanggan," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Azhan berkata, dalam serbuan tersebut, polis merampas sejumlah wang tunai, beberapa keping kondom dan cecair pelincir yang dipercayai digunakan dalam kegiatan persundalan.

Katanya, pemeriksaan lanjut dijalankan mendapati premis itu menjalankan operasi secara haram dan kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 373 kanun sama.

"Wanita warga Vietnam ini turut disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 serta Sek 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana tiada dokumen perjalanan sah, bekerja dan menggaji tanpa permit.

"Mahkamah Majistret Batu Pahat membenarkan kesemua yang ditahan direman empat hari hingga Ahad ini," katanya. - UTUSAN ONLINE