Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Deputi Superintenden Pang Jin Lai berkata, seramai 10 pengedar ditangkap pada 6 Julai lalu di Seremban, Port Dickson, Rembau, Tampin dan Nilai.

Beliau berkata, mereka ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985

"Dua lagi suspek berusia 18 dan 25 tahun ditahan pada pukul 1 pagi tadi di sekitar bandar ini dan polis merampas dadah disyaki heroin seberat 680 gram (g) dianggarkan bernilai RM20,300. Kedua-duanya ditahan reman bagi tujuan siasatan di bawah Akta Dadah Berbahaya.

"Dalam serbuan itu polis turut merampas kenderaan digunakan suspek dan hasil ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, nilai keseluruhan sitaan ke atas pelbagai aset dan wang tunai milik pengedar dadah menerusi operasi itu dianggarkan lebih RM1.9 juta. - UTUSAN ONLINE