Sumbangan itu disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa Pekema, Datuk Sheikh Mohamed Zulkifli Sheikh Mohamed Amin selaku wakil Ahli Lembaga Pengarah Pekema kepada pengurus pusat itu, Normah Safar.

Dalam majlis serba ringkas di pusat jagaan itu, Sheikh Mohamed Zulkifli turut beramah mesra dengan kira-kira 50 warga emas dan OKU yang menghuni pusat jagaan itu.

Menurut Pengurus Agihan Dana Yayasan Pekema, Mohd. Yusof Rebu, Pusat Jagaan Titian OKU Nur yang ditubuhkan sejak 2007 itu masih memerlukan sumbangan dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai untuk turut menghulur sumbangan bagi membolehkan pusat tersebut mendapatkan keperluan asas seperti makanan dan ubat-ubatan untuk penghuninya.

Sumbangan kepada Pusat Jagaan Titian OKU Nur boleh dibuat menerusi akaun CIMB 14160017533058 atau hubungi Normah di talian 012-6731816.