Empat daripada ternakan berkenaan adalah sumbangan kerajaan negeri Perak manakala bakinya disumbangkan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Teknologi negeri, Dr. Abdul Aziz Bari sempena Aidiladha.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata, program sembelihan itu bermula pukul tujuh pagi yang dikelolakan

sepenuhnya oleh warga pasukan itu.

Menurut beliau, keseluruhannya seramai 100 orang sukarelawan menjayakan program itu yang dilakukan secara gotong-royong.

“Daging korban itu kemudiannya diagihkan kepada warga IPD Ipoh selain sebahagiannya dimasak untuk majlis kenduri.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Perak dan juga Exco (Abdul Aziz) yang menyumbangkan ternakan itu bagi ibadah korban di

sini,” katanya.

Mohamad Nordin berkata, majlis korban yang diadakan setiap tahun itu juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan sesama warga pasukan.

Kemuncak program adalah jamuan makan kenduri dengan masakan antaranya gulai kawah, sup tulang, sup sayur dan daging bakar cicah kuah asam. - UTUSAN

ONLINE