Ketua Polis daerah, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 malam itu, mangsa, Lai Chee Kee dalam perjalanan ke rumahnya menaiki sebuah kenderaan jenis Perodua Alza.

“Anak saudara mangsa yang turut menaiki kenderaan itu memaklumkan mangsa tiba-tiba sukar bernafas dan mengadu sakit di bahagian dada sebelum memberhentikan kenderaan di bahu jalan.

“Kematian Chee Khee disahkan oleh Pegawai Kesihatan Kesihatan Linggi dan mayat mangsa di hantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Aidi Sham berkata, siasatan awal pihak polis mendapati kematian mangsa tidak melibatkan sebarang unsur jenayah. -UTUSAN ONLINE