UMMA HABIBAH AMANULLAH

PDRM dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook berkata, kehilangan kanak-kanak tersebut, Umma Habibah Amanullah telah dilaporkan pada 7 Julai lalu serta kali terakhir dilihat di Kampung Mesjid Pekan Nenas di Pontian, Johor.

“Umma Habibah berketinggian 145 sentimeter, berambut lurus paras bahu, berkulit putih serta kening tebal. Kali terakhir dilihat memakai baju dan seluar hitam.

“Sesiapa yang terlihat kanak-kanak ini boleh menghubungi SM Robi Ibrahim di talian 012-6390403 atau Ibu pejabat Polis Daerah Pontian (07-6871222),” katanya.- UTUSAN ONLINE