Menterinya, M. Kula Segaran berkata, sekiranya terdapat aduan berhubung masalah itu daripada mana-mana pihak, maka tindakan sewajarnya akan diambil.

"Jika ada aduan kepada kementerian, maka siasatan pasti akan dilakukan. Sebagai sebuah agensi berita di bawah kerajaan, sudah tentu kita bertanggungjawab untuk selesaikan masalah berkenaan.

"Bagaimanapun, masalah ini lebih baik dirujuk kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Komunikasi dan Mulitimedia Malaysia (KKMM)," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Jalur Gemilang di Pasar Kampung Tawas di sini hari ini.

Sebuah portal berita semalam melaporkan, Bernama menghadapi masalah kewangan membabitkan aliran tunai disebabkan agensi itu masih belum menerima geran daripada kerajaan hingga mengakibatkan pengurusan agensi itu terpaksa membayar gaji pekerja menggunakan wang daripada bayaran balik pinjaman pekerja dan potongan gaji yang sepatutnya disalurkan kepada KWSP.-UTUSAN ONLINE