Sumbangan RM10,000 disampaikan oleh Presiden Pekema Cawangan Sarawak, Datuk Sri Abang Khalid Tan Sri Abang Marzuki kepada Rurun Kelabit Sarawak, Nelson Kebing yang mewakili sekolah itu di ibu pejabat Pekema Jalan Green, Kuching, baru-baru ini.

Sementara itu di Kota Bharu, Kelantan, Yayasan Pekema terus menzahirkan komitmen dalam membantu golongan yang memerlukan di negara ini.

Persatuan itu menerusi Yayasan Pekema menyampaikan sumbangan kepada penghidap sakit kanser di negara ini.

Sumbangan berupa cek berjumlah RM100,000 itu disalurkan menerusi Tabung Kaseh Kanser yang diwujudkan oleh Yayasan Kanser Malaysia dan Persatuan Orang Kota Bharu (POKB).

Cek sumbangan tersebut disampaikan sendiri oleh Presiden Pekema, Datuk Zainuddin Abdul Rahman kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak yang mewakili Timbalan Perdana Menteri pada majlis Malam Bingkisan Kaseh Kanser OKB di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Berkembar Bank Rakyat baru-baru ini.

Yang turut hadir ialah Penaung POKB, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh yang juga Pengerusi Kumpulan Utusan.