Suaminya, Zulkifli Ahmad, 36, berkata, penyakit dihidapi Atikah Abdul Samad, 44, itu pada awalnya bermula di bahagian perut wanita tersebut tetapi kini sudah mula merebak ke seluruh badan.

Lebih menyedihkan katanya, berikutan penyakit itu juga, isterinya tidak boleh lagi makan makanan pepejal seperti biasa kerana ia turut merebak ke bahagian dalam mulut.

“Isteri hanya minum susu setiap hari sehingga mengakibatkan berat badannya susut mendadak. Saya tidak pasti penyakit ini tetapi ia seperti kudis api... Isi kulit menggelupas dan berdarah.

“Apabila sakit, isteri akan meronta-ronta. Saya telah merujuk kepada doktor tetapi mereka meminta saya berusaha mendapatkan rawatan secara Islam pula,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Zulkifli yang bekerja sebagai pemandu bas ekspres, berikutan penyakit isterinya itu, dia telah membawa wanita tersebut tinggal bersama kakak kandungnya di Kampung Padang Kota Selarong, Perak.

Katanya, mereka sebelum ini menyewa di sebuah rumah di Taman Merbau, Jalan Tikam Batu di sini.

Mereka yang bersimpati dengan nasib menimpa pasangan ini bolehlah memberi sumbangan ikhlas dengan menggunakan akaun Maybank milik wanita itu iaitu 152050354415. - UTUSAN ONLINE