Wakil penduduk, Steven Roban, 32, memberitahu, kediaman di situ mula dijual pada 2011 dan sebanyak kira-kira 1,000 sudah terjual.

“Namun sehingga kini kediaman ini masih terbengkalai, majoriti pembeli kawasan ini bukan daripada golongan berada kerana majoriti kediamannya jenis pangsapuri.

“Selama sembilan tahun kami terpaksa membayar ansuran bulanan dengan pihak bank selain membayar sewa rumah yang didiami sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan perhimpunan aman di pekarangan perumahan itu, di sini sebentar tadi.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Liow Cai Tung beserta kira-kira 100 pembeli yang lain. -UTUSAN ONLINE