Meskipun diadakan pada sebelah malam hujung minggu, ternyata mendapat sokongan padu lebih 500 penduduk pelbagai kaum yang hadir memeriahkan majlis.

Menariknya, hampir kesemua juadah yang dihidangkan disedia dan dimasak secara bergotong-royong oleh penduduk.

Majlis turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd. Fakhrulrazi Mokhtar; Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK), Abdul Halim Mohamaed Redzuan; Pembantu Pegawai Perpaduan, Pejabat Perpaduan dan Integrasi Nasional Daerah Klang, Mohd. Adli Abdullah; Ketua Balai Polis Meru, Sarjan Sulaiman Abu Samah serta Pengerusi KRT dan Persatuan Penduduk TDI, Mohd. Mohimin Abdul Fatah.

Majlis yang berlangsung di Dataran Surau Al Muhajirin, merupakan pembuka tirai kepada siri baraan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan berlangsung pada setiap malam sehingga 30 Jun ini

Mohd. Fakhrulrazi dalam ucapannya berkata, majlis berkenaan dapat merapatkan hubungan silaturahim sesama penduduk pelbagai kaum.

Jelasnya, ini kerana perbezaan politik kerap menjadi hambatan kepada penyatuan penduduk.

“Sehubungan itu, majlis seperti ini dapat menyelesaikan masalah antara penduduk” katanya.

PEMENANG cabutan bertuah kategori keluarga sedondon, Nasruddin Zakaria menerima hadiahPEMENANG cabutan bertuah kategori keluarga sedondon, Nasruddin Zakaria menerima hadiah daripada Mohd. Mohimin Abdul Fatah (kanan). - UTUSAN ONLINE

Beliau turut mengajak penduduk TDI menjadi mata dan telinga kepada pihak kerajaan bagi membolehkan pelbagai bantuan disediakan disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Sementara itu, Mohd. Mohimin berkata, majlis dapat menyatukan kepelbagaian penduduk dalam pelbagai aspek agar mereka dapat menikmati keamanan.

“Kehadiran dan sokongan penduduk yang hadir dengan (baju) berwarna-warni dan ceria membanggakan kami. Aktiviti ini berjaya kerana sokongan anda,” katanya.

Majlis turut diceriakan dengan cabutan bertuah dan pakaian terbaik dimenangi Mohd. Shahril Samsudin (kategori lelaki), Hasmaniza Ismail (wanita) dan Nasruddin Zakaria (keluarga). - UTUSAN ONLINE